Rabu, 27 November 2013

SISTEM PEREDARAN DARAH (Kardiovaskular)



   Sistem peredaran darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan .Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.
Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat – zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia mempunyai dua jenis peredaran yang terdiri daripada:
1. Peredaran Pulmonari
2. Peredaran Sistemik
Peredaran pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.
Peredaran sistemik
Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung.
Struktur anatomi sistem ini terdiri daripda:
  1.  Jantung
  2.  Saluran darah
  3.  Darah








Jantung
 
Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.
Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan.  Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil Septum.  Lapisan jantung pula terdiri daripada tiga lapisan iaitu:
  P  =  Pericardium (luar)
  M  =  Myocardium (tengah)
  E  =  Endocardium (dalam)
Jantung mempunyai 4 ruangan iaitu:
2 ruangan di atas dikenali sebagai atrium.
2 ruangan di bawah dikenali sebagai ventrikel.
Diantara atrium dan ventrikel terdapat injap yang
mengawal pengaliran darah di dalam jantung.
Aliran darah di dalam jantung
1.Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. 
2.Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid (3 kelopak).
3.Penguncupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. 
4.Pertukaran oksigen dan karbon diosida berlaku di paru-paru. 
5.Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. 
6.Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral / bikuspid (2 kelopak) masuk ke ventrikel kiri
7.Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta   ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.
Denyutan Jantung
Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.
Aliran darah di dalam jantung
1.Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. 
2.Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid (3 kelopak).
3.Penguncupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. 
4.Pertukaran oksigen dan karbon diosida berlaku di paru-paru. 
5.Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. 
6.Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral / bikuspid (2 kelopak) masuk ke ventrikel kiri
7.Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta   ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.
Denyutan Jantung
Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.
Struktur dan fungsi salur darah
Terdapat tiga jenis salur darah yang utama:
Arteri
•Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. •Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. •Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. •Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.
Vena
•Vena ialah salur darah yang membawa darah kembali ke jantung dari bahagian – bahagian lain badan. •Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dinbandingkan dengan arteri.  •Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan.  Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. •Vena dilengkapi dengan injap – injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung.  Injap – injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. •Vena yang terkecil sekali dinamakan venul. •Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.
Kapilari Darah

1.Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.
2.Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.
3.Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
4.Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan di antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
Darah
Darah terdiri daripada:
1.Pepejal (sel darah)      -      40% 2.Cecair (plasma)           -      60%  
Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (5 – 6 liter) darah.
Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet).
Plasma  
 Plasma adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air.Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air.
Bahan-bahan larut yang terkandung dalam plasma termasuklah:
1.Garam-garam – bikarbonat, fosfat, klorida dan sulfat bagi natrium, kalsium dan kalium. 2.Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino dan lemak. 3.Protin darah – fibrinogen, globulin dan albumin. 4.Bahan-bahan kumuh terutamanya urea. 5.Hormon.   
Sel Darah Merah (Eritrosit)
1.Berbentuk ceper dwicekung. 2.Tidak mempunyai nukleus. 3.Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan warna merahnya. 4.Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isipadu yang besar dan ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma. 5.Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari.  Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang.
Sel Darah Putih (Leukosit)
1.Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata. 2.Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus. 3.Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam . 4.Terdapat berbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi.Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.
Sel Pembeku Darah (Platelet)
Sel-sel ini terbentuk dari luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat kecil.  Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus.  Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah.sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari.
Fungsi darah
1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel     dan tisu badan.
2. Melawan jangkitan kuman.
3. Membawa bahan buangan atau kumuhan.
4. Membawa hormon – hormon.
5. Membawa enzim – enzim.
6. Memberi warna kepada kulit.
7. Mengawal suhu badan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar